widgeo.net
Hidup ibarat Lilin, bila-bila masa sahaja akan terpadam..

Saturday, December 18, 2010

berdengkur



Ramai yang mengalami masalah berdengkur terutama sekali bagi mereka yang mengalami masalah berat badan..
disini sedikit info yg kami petik drpd laman web Kementerian Kesihatan Malaysia.
Semoga bersama kita mndapat manfaat daripadanya..

Sebab-sebab berdengkur
Lemah otot-otot pada lidah, lelangit lembut dan tekak. Apabila otot tidak tegang akibat arak atau ubatan yang menyebabkan otot lemah, lidah akan tertolak ke belakang, menutupi aliran udara atau otot tekak tertarik masuk ke dalam tekak dan menyekat salur pernafasan atas. Juga berlaku semasa waktu tidur yang nyenyak. Tisu tekak yang besar dan tebal. Kanak-kanak yang mempunyai tonsil dan tisu adenoid yang membengkak selalunya berdengkur. Orang yang berlebihan berat badan dan mempunyai leher yang pendek dan besar.
Lelangit lembut dan uvula (anak tekak) yang panjang. Uvula yang panjang akan mengecilkan rongga pembukaan dari hidung ke tekak. Getaran yang berlebihan dari tisu ini akan mengakibatkan dengkuran. Saluran pernafasan tersekat. Hidung yang tersumbat dan sukar bernafas menyebabkan individu lebih kerap menyedut udara untuk bernafas. Ini mengakibatkan ruang vakum yang berlebihan di dalam tekak, dan mengakibatkan tisu tekak yang lembut tertarik ke dalam dan mengakibatkan dengkuran. Antara sebab lain adalah batang hidung yang bengkok, polip dan jangkitan sinus.
Komplikasi
Berdengkur, boleh juga mendatangkan masalah tidur yang serius yang dipanggil 'sleep apnea' iaitu apabila seseorang itu berhenti bernafas lebih dari 10 saat buat seketika sewaktu tidur.'Sleep apnea' boleh membahayakan diri dan memerlukan rawatan selanjutnya.

Rawatan
Bolehkah dengkuran yang kuat disembuhkan?
Mendengkur yang teruk ialah mereka yang berdengkur pada mana-mana kedudukan atau mengganggu orang lain, sepatutnya mencari khidmat nasihat perubatan bagi memastikan keadaan itu bukanlah masalah 'sleep apnea'. Pakar Telinga, Hidung dan Tekak akan memeriksa hidung, mulut, tekak, lelangit dan leher mendengkur. Kajian semasa tidur yang dilakukan di dalam 'makmal tidur' perlu bagi mengenal pasti tahap keseriusan dengkuran dan kesan kesihatan ke atas mendengkur tersebut.

Rawatan untuk dengkur 
Rawatan adalah bergantung kepada diagnosis yang dibuat. Pemeriksaan akan menunjukkan dengkur adalah disebabkan oleh alahan hidung, jangkitan, kecacatan atau masalah tonsil dan "adenoid".Rawatan diberi mengikut sebab-sebab yang dikenal pasti.

Pencegahan
Petua untuk mengurangkan dengkuran:
  • Kurangkan berat badan jika anda mengalami masalah berat badan berlebihan
  • Kurangkan pengambilan arak atau ubatan yang mempunyai kesan mengantuk pada waktu tidur
  • Cegah pengambilan tranquilizer, pil tidur dan antihistamina sebelum tidur
  • Elak pengambilan arak sekurang-kurangnya 4 jam dan mengambil makanan berat atau ringan dalam tempoh 3 jam, sebelum berehat
  • Amalkan tidur pada waktu yang tetap setiap hari
  • Utamakan posisi tidur mengiring daripada posisi terlentang
  • Tinggikan kepala katil anda lebih kurang 4 inci ke atas supaya posisi kepala lebih tinggi dan lidah tidak tertolak ke belakang

Tuesday, December 14, 2010

HANYA 15 MINIT

Anda menjadi lebih baik hanya dengan 15 minit sehari.

Menceriakan hidup anda! Meningkatkan produktiviti, Meningkatkan hubungan anda. Semua itu dari SPA?

Tentu saja !
 74 % orang percaya bahawa stres dalam hidup telah menganggu kesihatan, hubungan dan produktiviti mereka. Memang benar. Fikirkan tentang bagaimana stres mempengaruhi sikap anda, tindakan anda,dan tutur kata yang anda pilih dalam perhubungan anda dengan orang lain. Fikirkan tentang berapa banyak kesilapan atau pilihan yang kurang tepat yang telah anda ambil semasa anda stres. 


Belum lagi di tambah dengan keputusan ujian kesihatan anda! Ada saja yang tak kena,
 darah tinggi, kencing manis, sakit jantung........( senarainya sangat panjang ). Dan paling menakutkan berlakunya heart attack atau sudden strok!

Ini adalah fakta penghidupan hari ini.

Tetapi tunggu dulu!

 Bunyi macam tiada penyelesaian. Mana mungkin tiada! Setiap penyakit pasti di turunkan ubatnya sekali.

Apa?  AIR…Air itu boleh merawat?.

Memang benar, atas sifat Ar Rahman dan Ar RahimNya, Allah telah menjadikan air sebagai sebahagian dari penawar penyakit. Bukan kah 2/3 bumi ini adalah air?
Jadi??..…Jadi tunggu apa lagi!

 Dapatkan:-
  1.     Tub mandian 50 inci,
  2.     sebuah mesin mandian buih ultrasonik home spa,
  3.     8 cerek air panas yang di campukan dengan 4 baldi air biasa ( kalau ada heater lebih mudah lagi ) dan
  4.      the best part 5ml minyak aromaterapi (mengikut jenis penyakit anda ), dan
  5.      bolehlah anda  mulakan terapi untuk memulihkan diri anda.

 
( best )

Selepas itu barulah anda faham nikmat berendam di dalam air ( apatah lagi air panas )apabila setiap sendi anda di apungkan ( maka stress pun terangkat) , urutan dari buih ultrasonik yang mengurut lembut setiap titik  akupuntur di badan anda dan nikmat haruman wangian dari minyak aromaterapi yang dapat meransang minda kearah membaik pulih badan anda.

Itu belum lagi di kira kadar oksigen yang 300-400 kali ganda lebih baik dari biasa, ozon yang mampu membasmi  kuman ( dan juga mampu mencerahkan kulit…baik untuk kecantikan ),negative ion yang menyegarkan udara dan kesan berjogging 3-5 km. Ooops lupa, kesan pelansingan apabila lebih kurang 400 kalori lemak di bakar semasa 15 minit mandian tadi.



Wah…seronoknya.

Ada masalah…

Bilik air di rumah terlalu kecil dan tidak dapat nak memuatkan tub 50 inci, juga terlalu penat nak tadah air dan tunggu air cukup dan masalah2 ( macam2 alasan ).



Apa penyelesaiannya??

Datang saja ke MUTIARA INDAH SPA (MIS ) di Kampung Baru, selang 3 buah kedai dari Nasi Lemak Antarabangsa, di sana kami menyediakan servis mandian buih ultrasonik dengan kadar bayaran Rm60.00 sahaja. Itu kadar biasa, sekarang ada promosi,  Rm 45.00. Kalau anda menjadi ahli MIS, anda layak mendapat diskaun tambahan.

( promosi )

Bukan itu saja, banyak lagi servis menanti anda di sana.
Kalau anda lelaki, kena bawa ibu, isteri,anak atau adik perempuan, baru kami benarkan masuk, itu pun untuk mandian buih ultrasonik sahaja.

So.
Tunggu apa lagi.

Allah tak akan ubah nasib kita kalau kita  tidak ada usaha atau kemahuan untuk berubah menjadi lebih baik. Selepas berusaha, barulah kita tawakkal.

Sayangilah diri anda dan jumpa anda di MUTIARA INDAH SPA.
Enhanced by Zemanta
Related Posts with Thumbnails

order form (jom order di sini..)

Name:
E-MAIL(Email Address):
ALAMAT RUMAH(address):
NO TEL(phone no):
BARANG YG INGIN DIBELI(purchase order):
CARA BAYARAN(method of payment): bank in(cash deposit)
Maybank2u
cash
PENGHANTARAN(delivery): pos laju
pos express
self collection(ambil di Mutiara Indah spa)

This contact form was created by Freedback.