widgeo.net
Hidup ibarat Lilin, bila-bila masa sahaja akan terpadam..

Thursday, July 1, 2010

Promosi Pra-Ramadhan




Dapatkan Temujanji Anda Sekarang!!
Pelbagai Pekej Menarik Untuk Pelanggan Setia Kami....

* Promosi Sah Sehingga 10 Ogos 2010

Wednesday, June 30, 2010

Perjuangan....

"JADILAH ORANG YANG MEMBERI DENGAN SEBANYAK-BANYAKNYA BUKAN YANG MEMINTA SEBANYAK-BANYAKNYA".


 Ungkapan indah dari seorang guru kepada anak muridnya. Kata- kata ini saya pinjam dari film Laskar Pelangi. Terima kasih kepada seorang kawan yang telah memhadiahkan kepada kami cdnya. Sebuah film yang sangat menyentuh jiwa kami. Baru-baru ini kami tontonkan kepada beberapa orang pelangan kami di Mutiaraindah spa. Ada yang menitiskan air mata.


Film ini penuh dengan perjuangan. Tanpa kami sedari, kami juga dikelilingi oleh mereka yang sentiasa berjuang. Berjuang untuk kebaikan orang lain. Mereka terlalu hampir dengan kami sehingga mata ini buta untuk melihat perjuangan mereka. Kuman di seberang juga yang menjadi idola kami.


Semoga Allah memberkati perjuangan mereka, memberi kebaikan dunia dan akhirat kepada mereka dan keluarga mereka dan mengampuni dosa kami.


Kepada yang di luar sana yang ingin membantu mereka, sila hulurkan bantuan anda di YAYASAN PRIHATIN TITIWANGSA. Maybank A/C 564799106040 atau yang mempunyai lebihan barangan boleh saja hantar ke Mutiaraindah Spa supaya kami dapat memanjangkan amal kebaikan anda kepada mereka yang memerlukan terutama kapada mangsa mangsa kebakaran di Kampung Kerayong, Tmn Maluri, Kuala Lumpur.


Allah saja yang dapat membalas kebaikan anda semua.






[ Kebakaran yang berlaku di Kampung Kerayong pada 29/6/10]
Enhanced by Zemanta

Monday, June 28, 2010

Kopi Chekngoh

kita minum dulu!!

     Umum mengatakan minum kopi tidak bagus untuk kesihatan. Tapi chekngoh dah minum kopi puluhan tahun.Umur chekngoh dah 74 tahun hari ni. Jangan bagi chekngoh minum selain dari kopi, dia tak akan minum. Terutama air teh. Minum seteguk, dah nak muntah.


    Chekngoh suka minum kopi dengan biskut 4 segi. Kadang2 chekngoh minum kopi dengan buah2an tempatan seperti duku, rambutan atau nangka. Tidak ada istilah angin ketika makan nangka dengan chekngoh  walaupun di makan waktu pagi hari. Chekngoh memang cool dengan nangka.


   Sebenarnya kopi tidak enak di minum dengan buah2an tempatan. Kopi akan terasa tawar dan mulut rasa kelat, tetapi tidak dengan kopi chekngoh. Kopi chekngoh memang special. Kopi chekngoh tidak mengandungi margerin tetapi dia tetap lemak kerana chekngoh letak kacang dalam kopi dia.


  Cara chekngoh buat kopi pun masih maintain cara tradisional. Chekngoh goreng biji kopi dalam kuali pakai kayu api, di campur gula dan kacang tanah. Dah sebati, di biar sejuk,ditumbuk kasar dan baru di hantar ke kilang untuk di kisar halus.


   Lupa nak cerita. Biji kopi chekngoh di basuh beberapa kali. Sekali dengan air kapur dan beberapa kali dengan air biasa. Dan semestinya chekngoh tak lupa baca Bismillah dalam memproses kopinya.


   Kami di Mutiara Indah Spa suka minum kopi chekngoh. Dan beberapa orang pelanggan kami juga suka minum kopi chekngoh, siap order untuk di bawa balik ke kampung mereka.


   Pada mereka yang belum rasa kopi chekngoh ( sementara chekngoh masih ada kederat ) dan teringin mengalami sendiri kelazatan dan aroma kopinya, boleh order melalui kami dengan email mutiaraindahspa@yahoo.com atau call kami at this no.013 398 3845/013 318 3845.


  Chekngoh mesti gembira kalau ramai orang suka minum kopi dia.


Ooooops lupa nak bagi tau..harga satu kilo serbuk kopi chekngoh adalah Rm 20.00 (tidak termasuk caj penghantaran.)
Related Posts with Thumbnails

order form (jom order di sini..)

Name:
E-MAIL(Email Address):
ALAMAT RUMAH(address):
NO TEL(phone no):
BARANG YG INGIN DIBELI(purchase order):
CARA BAYARAN(method of payment): bank in(cash deposit)
Maybank2u
cash
PENGHANTARAN(delivery): pos laju
pos express
self collection(ambil di Mutiara Indah spa)

This contact form was created by Freedback.