kita minum dulu!!
Chekngoh suka minum kopi dengan biskut 4 segi. Kadang2 chekngoh minum kopi dengan buah2an tempatan seperti duku, rambutan atau nangka. Tidak ada istilah angin ketika makan nangka dengan chekngoh walaupun di makan waktu pagi hari. Chekngoh memang cool dengan nangka.
Sebenarnya kopi tidak enak di minum dengan buah2an tempatan. Kopi akan terasa tawar dan mulut rasa kelat, tetapi tidak dengan kopi chekngoh. Kopi chekngoh memang special. Kopi chekngoh tidak mengandungi margerin tetapi dia tetap lemak kerana chekngoh letak kacang dalam kopi dia.
Cara chekngoh buat kopi pun masih maintain cara tradisional. Chekngoh goreng biji kopi dalam kuali pakai kayu api, di campur gula dan kacang tanah. Dah sebati, di biar sejuk,ditumbuk kasar dan baru di hantar ke kilang untuk di kisar halus.
Lupa nak cerita. Biji kopi chekngoh di basuh beberapa kali. Sekali dengan air kapur dan beberapa kali dengan air biasa. Dan semestinya chekngoh tak lupa baca Bismillah dalam memproses kopinya.
Kami di Mutiara Indah Spa suka minum kopi chekngoh. Dan beberapa orang pelanggan kami juga suka minum kopi chekngoh, siap order untuk di bawa balik ke kampung mereka.
Pada mereka yang belum rasa kopi chekngoh ( sementara chekngoh masih ada kederat ) dan teringin mengalami sendiri kelazatan dan aroma kopinya, boleh order melalui kami dengan email mutiaraindahspa@yahoo.com atau call kami at this no.013 398 3845/013 318 3845.
Chekngoh mesti gembira kalau ramai orang suka minum kopi dia.
Ooooops lupa nak bagi tau..harga satu kilo serbuk kopi chekngoh adalah Rm 20.00 (tidak termasuk caj penghantaran.)
No comments:
Post a Comment