widgeo.net
Hidup ibarat Lilin, bila-bila masa sahaja akan terpadam..
Showing posts with label cerita kami. Show all posts
Showing posts with label cerita kami. Show all posts

Wednesday, March 23, 2011

Ya Allah lindungilah kami

dunia sekarang ni amat menakutkan.bermacam - macam bencana yg berlaku.bukan sahaja bencana alam,malah bencana yg kita sendiri cipta.



kalau dahulu, susah kita nak dengar pasal orang di bunuh,di tikam,di tembak,di sembelih, di bakar n macam - macam lagi yang dasyat la..
dan yg tak bestnye, bencana ini tidak memilih mangsanya.orang baik pon kena,orang jahat pon kena.
s0,bersamalah kita persiapkan diri dgn segala amalan kerana seandainya kita menjadi mangsa bencana, kita akan pergi bersama amalan soleh yang kita kerjakan.


Doa untuk menjauhi pertanda jahat(devil portent) -
 "Allaahumma laa tayra 'illaa tayruka,wa laa khayra 'illaa khayruka,wa laa 'ilaaha ghayruka"

Monday, August 30, 2010

ALHAMDULILLAH ALA KULLIHAL

Masya Allah, Muslim Rusia Berpuasa Selama 20 Jam






( Wajah2 yg ceria )

Beruntunglah kita menjadi Muslim yang hidup di daerah khatulistiwa dan tropis, karena jam puasa kita berjalan normal sepanjang tahun dan dengan cuaca yang bersahabat. Tahun ini, di negara-negara Utara, bulan puasa bertepatan dengan puncak musim panas. Siang hari musim panas di daerah tersebut berkisar sekitar 16 hingga 20 jam, dengan kisaran cuaca 20 hingga 30 derajat.

Di Mesir, puasa dimulai dari pukul 4:05 hingga pukul 7:30 malam (tapi dewan fatwa Mesir memutuskan untuk mengurangi putaran jam sebanyak satu jam, hingga jadilah magribnya jam 6:30). Total waktu puasa di Mesir adalah 15 jam. Sementara di Turki, waktu magrib baru masuk pada pukul 8:30. Lebih ke utara, waktu puasa akan lebih lama lagi. Di Jerman, waktu puasa mencapai 17 jam, di Rusia mencapai 18 jam, bahkan di negara bagian Mormansik mencapai 20 jam.

Beberapa Muslim Rusia pun banyak yang melayangkan pertanyaan perihal hukum lamanya masa puasa dalam waktu yang sedemikian panjang. Dewan fatwa Rusia sendiri tidak mengeluarkan fatwa resmi terkait hukum tersebut. Syaikh Ildar Aladinov, ketua dewan syariat pada Majlis Mufti Rusia mengatakan, dewan fatwa Rusia tidak mengeluarkan fatwa resmi terkait permasalan ini.

"Namun bagaimanapun, umat Muslim wajib menunaikan kewajiban mereka sebatas kemampuan. Agama Islam adalah agama mudah. Jika memang ia tidak kuat berpuasa dalam waktu sepanjang ini, maka tentulan ia boleh berbuka," kata Aladinov.

Terkait hukum puasa di daerah yang siang hari musim panasnya memakan waktu yang sangat panjang, para ulama fikih memiliki tiga pandangan. Pandangan pertama, diwajibkan untuk berpuasa fulltime dari mulai terbit matahari sampai terbenamnya, meskipun jangka waktunya sampai 20 jam. Kedua, berpuasa sepanjang waktu puasa di Makkah. Dan, ketiga, masa puasanya disamakan dengan negara terdekat. Rusia, misalnya, bisa disamakan dengan Turki.

Syaikh Yusuf al-Qardhawi dan Dewan Fikih Islam Internasional sendiri lebih memfatwakan pendapat kedua, yaitu perkara shalat dan puasa di daerah yang musim panasnya sangat panjang (seperti di Rusia), maka umat Muslim yang hidup di sana diperbolehkan untuk berpuasa sebagaimana umat Muslim berpuasa di Makkah. Jadi, dalam kondisi demikian, Muslim Rusia boleh tidak berpuasa selama 20 jam, boleh berbuka sebelum matahari terbenam, menyesuaikan dengan waktu berbuka di Makkah. (AGS/rusia al-yaum)




 

Tuesday, August 24, 2010

MACAM MANA NAK KURUS!!!

Resepi Seri Muka Kak Nora.
( khas utk yg baru belajar memasak )




(jgn makan banyak sangat..ingat kat org belakang)

  1. semangkuk beras pulut, rendam 3..4 jam.
  2. semangkuk setengah santan sederhana cair.
  3. semangkuk telur ayam
  4. 1/2 mangkuk gula pasir.
  5. 5 helai daun pandan dan garam secubit dua.




cara membuatnya.
  1. masukkan santan cair dgn sedikit garam kedlm loyang pulut. kukus sehingga masak.
  2. blend santan,garam,telur,gula n daun pandan  ( boleh pakai food colouring klu suka).
  3. tapis bahan yg d blend.
  4. tekan2kan pulut yg dah masak supaya mampat dan rata.
  5. masukkan bahan yg d blend tadi, perlahan2 dan kukus sehingga masak.
  6. Dah masak (cucuk dgn hujung pisau, tak lekat maknanya dah masak), keluarkan dari kukusan dan sejukkan dlm peti ais.
  7. Boleh buat more..
Selamat mencuba dan jgn lupa beri feedback..


Enhanced by Zemanta

Saturday, August 21, 2010

BUBUR LAMBOK PANTAI TIMUR

Di Kampung Baru ni, sangat popular dengan BUBUR LAMBOKnya. Hampir setiap hari d bulan ramadhan ni kami dapat makan bubur lambok free.

Tetapi sebenarnya kami lebih gemar bubur lambok pantai timur.Mungkin kerana kami suka makan sayur kampung dan makan ikan.




( laparlah pulak )


So let us share resepinya di sini.


  1. Beras 2 pot, rebus dengan garam secukup rasa. ( sebaik2nya beras kampung..hancur)
  2. Ikan 1 kg, bakar. ( sebaiknya ikan selayang/sardin atau kembong..tumbuk)
  3.  Seikat campuran sayuran kampung. ( pucuk ubi, pucuk paku merah, kamgkung, daun kesum, daun kaduk, daun geti,..banyak lagi tapi tak ingat nama )
( beranika sayuran kampung )

  1. Santan semangkuk. ( jangan cair sangat )
  2. Lada hitam sesudu. ( tumbuk lumat ) dan
  3. Bawang putih 5 ulas. ( tumbuk lumat ).


Bila beras dah hancur, masukkan campuran sayuran kampung dan ikan bakar yang telah di tumbuk. Rebus seketika sehingga sayur lembut.
Masukkan santan yang di campurkan dengan lada hitam dan bawang putih ke dalam bubur. Biarkan seketika, angkat dan hidangkan.

Ada orang yang masukkan budu dalam bubur.
Ada orang masukkan gula nisan sedikit.
Ada orang masukkan pak aji.
Ada orang masukkan ubi keledek.

Tapi klu ikannya fresh, itu semua tak perlu.

SELAMAT BERBUKA PUASA. JANGAN LUPA DOA  SEBELUM WAKTU BERBUKA.

Sunday, August 15, 2010

Satay Kajang





Resepi Satay Kajang
Satay Kajang Recipe


Bahan-bahan:


1.5 kg ayam — buang tulangnya
1 sudu teh jintan putih

½ sudu teh serbuk kayu manis
8 bawang merah (bawang kecil) – potong dadu
1 sudu teh ketumbar
2.5 cm kunyit hidup
1 sudu teh gula
1 serai
2 sudu makan kacang tanah – bakar tanpa minyak
Garam secukup rasa
2 sudu makan minyak masak



Cara Penyediaan:

1. Potong kiub daging ayam. Tos dan ketepikan.
2. Kisar/tumbuk ketumbar, jintan putih, kunyit, kacang, garam dan gula. Gaulkan bahan-bahan yang telah dikisar/tumbuk dengan serbuk kayu manis, bawang merah dan 1 sudu minyak masak. Lumur ayam dengan adunan ini dan perap selama beberapa jam atau semalaman.
3. Cucuk 5 ketul daging ayam dengan lidi satay. Buat hingga habis.
4. Masak satay di atas bara arang. Balik-balikkan hingga masak sambil di percik minyak masak dengan serai yang telah diketuk. Gunakan kipas tangan untuk mengawal bara arang.
5. Hidangkan dengan kuah kacang.

Resepi Kuah Kacang

Bahan-bahan:
300.gm kacang tanah – goreng tanpa minyak hingga garing
2.5 cm halia
Seulas lengkuas
3 sudu makan cili kisar
2 serai
1 cawan gula
1 bawang besar
½ cawan air asam jawa
Garam secukup rasa

Cara Penyediaan:
1. Kisar kacang tanah kasar, ketepikan.
2. Kisar serai, halia dan lengkuas hingga halus.
3. Hiris bawang besar, goreng hingga layu.
4. Masukkan cili kisar dan kesemua bahan yang telah dikisar kecuali kacang.
5. Masukkan air asam jawa, kacang, gula dan garam. Teruskan masak sehingga kuah pekat.





Tuesday, August 10, 2010

SELAMAT BERPUASA.

Bulan Ramadhan Al Mubarak datang menjenguk lagi.



                                                      ( enak di buat juadah berbuka puasa )

Alhamdulillah, kami di Mutiara Indah Spa di beri peluang sekali lagi untuk berada di bulan yang penuh barakah ini. Kepada mereka yang baru kehilangan ahli keluarga kerana kematian, sabar dalam menempuh ujian. Semoga ujian ini menjadi pahala kepada anda semua.



Kami juga ingin mendoakan kepada semua pengunjung2 blog ini, semoga Allah memberi kita kekuatan, ketabahan, kesabaran dan kesihatan yang baik semasa menjalankan ibadat di bulan yang mulia ini.



Rebutlah tawaran lumayan yang di tawarkan oleh Yang Maha Pemurah. Tidak kira di mana kita berada dan tidak kira apa yang kita lakukan, jadikan setiap detik itu pahala bagi kita,



Semoga kita semua selamat dunia dan akhirat. Ameen Ya Raab
Enhanced by Zemanta

Tuesday, July 6, 2010

Spa Jejak Yang Hilang...

Sungguh terharu apabila kami dapat menemukan dua buah  keluarga yang telah terpisah oleh jarak generasi.


Apak ( nama sebenar Ujang Bin Mawi ) sakit tua dan sakit lutut. Anak perempuan beliau yang selalu membawa apak ke spa kami untuk mandian ultrasonik. Adakala apak akan duduk dari pagi hingga petang untuk mendapatkan 2x mandian kerana  apak duduk di Seremban dan apak  terpaksa menunggu hari anaknya free / cuti. Apak suka mandian ultrasonik kami kerana semenjak apak mandi sakit lututnya berkurangan.


Ustazah ( Puan Radziah Binti Hj Mustafa )  pula datang  ke spa kami kerana dah 7 tahun dia menderita sakit psoriasis (sejenis sakit kulit yang agak kronik ). Dah macam-macam ubat dan usaha yang telah ustazah lakukan.
 Kawan ustazah yang mempekenalkan Mutiaraindahspa pada ustazah. Setelah 7x mandi, ustazah mula terasa ringan seperti ada harapan untuk sembuh.  Jadi, ustazah teruskan usahanya untuk datang setiap hari walau pun dia duduk di Bangi. Sekali lagi kami melihat contoh anak yang baik yang sanggup hantar ibu bapa mereka dan menunggu dengan sabar sehingga rawatan selesai.


Sabtu lepas, apak  dan ustazah datang untuk rawatan mandian ultrasonik mereka. Di Mutiaraindahspa kami ada dua kamar mandi. Apak habis dulu dan duduk di depan ( kawasan rehat untuk lelaki ) dan apabila ustazah selesai, dia ke belakang untuk rehat. Di kawasan rehat wanita, ustazah berjumpa dengan anak perempuan apak. Mereka bertanya khabar dan berkongsi maklumat.


Kemudian, kami di fahamkan ada kemungkinan mereka adalah saudara. Ustazah ke depan berjumpa apak...dan sohih, mereka adalah saudara 2 pupu yang terpisah kerana keluarga masing-masing dah berpindah dari kampung asal mereka di Negeri Sembilan. Rancak mereka berbual meyebut nama nama orang yang mereka kenal, baik yang hidup mahupun yang dah meninggal.


(Apak dan Ustazah sedang rancak berbual)




Kami di Mutiaraindahspa merasa sungguh seronok. Bukan saja spa kami tempat untuk mendapat rawatan kesihatan dan kecantikan tapi juga untuk mereka berkongsi ilmu, maklumat, persahabatan dan kekeluargaan.


Semoga pelanggan2 kami terus mendapat kebaikan dunia dan akhirat di mana saja mereka berada.

Wednesday, June 30, 2010

Perjuangan....

"JADILAH ORANG YANG MEMBERI DENGAN SEBANYAK-BANYAKNYA BUKAN YANG MEMINTA SEBANYAK-BANYAKNYA".


 Ungkapan indah dari seorang guru kepada anak muridnya. Kata- kata ini saya pinjam dari film Laskar Pelangi. Terima kasih kepada seorang kawan yang telah memhadiahkan kepada kami cdnya. Sebuah film yang sangat menyentuh jiwa kami. Baru-baru ini kami tontonkan kepada beberapa orang pelangan kami di Mutiaraindah spa. Ada yang menitiskan air mata.


Film ini penuh dengan perjuangan. Tanpa kami sedari, kami juga dikelilingi oleh mereka yang sentiasa berjuang. Berjuang untuk kebaikan orang lain. Mereka terlalu hampir dengan kami sehingga mata ini buta untuk melihat perjuangan mereka. Kuman di seberang juga yang menjadi idola kami.


Semoga Allah memberkati perjuangan mereka, memberi kebaikan dunia dan akhirat kepada mereka dan keluarga mereka dan mengampuni dosa kami.


Kepada yang di luar sana yang ingin membantu mereka, sila hulurkan bantuan anda di YAYASAN PRIHATIN TITIWANGSA. Maybank A/C 564799106040 atau yang mempunyai lebihan barangan boleh saja hantar ke Mutiaraindah Spa supaya kami dapat memanjangkan amal kebaikan anda kepada mereka yang memerlukan terutama kapada mangsa mangsa kebakaran di Kampung Kerayong, Tmn Maluri, Kuala Lumpur.


Allah saja yang dapat membalas kebaikan anda semua.






[ Kebakaran yang berlaku di Kampung Kerayong pada 29/6/10]
Enhanced by Zemanta

Monday, June 28, 2010

Kopi Chekngoh

kita minum dulu!!

     Umum mengatakan minum kopi tidak bagus untuk kesihatan. Tapi chekngoh dah minum kopi puluhan tahun.Umur chekngoh dah 74 tahun hari ni. Jangan bagi chekngoh minum selain dari kopi, dia tak akan minum. Terutama air teh. Minum seteguk, dah nak muntah.


    Chekngoh suka minum kopi dengan biskut 4 segi. Kadang2 chekngoh minum kopi dengan buah2an tempatan seperti duku, rambutan atau nangka. Tidak ada istilah angin ketika makan nangka dengan chekngoh  walaupun di makan waktu pagi hari. Chekngoh memang cool dengan nangka.


   Sebenarnya kopi tidak enak di minum dengan buah2an tempatan. Kopi akan terasa tawar dan mulut rasa kelat, tetapi tidak dengan kopi chekngoh. Kopi chekngoh memang special. Kopi chekngoh tidak mengandungi margerin tetapi dia tetap lemak kerana chekngoh letak kacang dalam kopi dia.


  Cara chekngoh buat kopi pun masih maintain cara tradisional. Chekngoh goreng biji kopi dalam kuali pakai kayu api, di campur gula dan kacang tanah. Dah sebati, di biar sejuk,ditumbuk kasar dan baru di hantar ke kilang untuk di kisar halus.


   Lupa nak cerita. Biji kopi chekngoh di basuh beberapa kali. Sekali dengan air kapur dan beberapa kali dengan air biasa. Dan semestinya chekngoh tak lupa baca Bismillah dalam memproses kopinya.


   Kami di Mutiara Indah Spa suka minum kopi chekngoh. Dan beberapa orang pelanggan kami juga suka minum kopi chekngoh, siap order untuk di bawa balik ke kampung mereka.


   Pada mereka yang belum rasa kopi chekngoh ( sementara chekngoh masih ada kederat ) dan teringin mengalami sendiri kelazatan dan aroma kopinya, boleh order melalui kami dengan email mutiaraindahspa@yahoo.com atau call kami at this no.013 398 3845/013 318 3845.


  Chekngoh mesti gembira kalau ramai orang suka minum kopi dia.


Ooooops lupa nak bagi tau..harga satu kilo serbuk kopi chekngoh adalah Rm 20.00 (tidak termasuk caj penghantaran.)
Related Posts with Thumbnails

order form (jom order di sini..)

Name:
E-MAIL(Email Address):
ALAMAT RUMAH(address):
NO TEL(phone no):
BARANG YG INGIN DIBELI(purchase order):
CARA BAYARAN(method of payment): bank in(cash deposit)
Maybank2u
cash
PENGHANTARAN(delivery): pos laju
pos express
self collection(ambil di Mutiara Indah spa)

This contact form was created by Freedback.