Apak ( nama sebenar Ujang Bin Mawi ) sakit tua dan sakit lutut. Anak perempuan beliau yang selalu membawa apak ke spa kami untuk mandian ultrasonik. Adakala apak akan duduk dari pagi hingga petang untuk mendapatkan 2x mandian kerana apak duduk di Seremban dan apak terpaksa menunggu hari anaknya free / cuti. Apak suka mandian ultrasonik kami kerana semenjak apak mandi sakit lututnya berkurangan.
Ustazah ( Puan Radziah Binti Hj Mustafa ) pula datang ke spa kami kerana dah 7 tahun dia menderita sakit psoriasis (sejenis sakit kulit yang agak kronik ). Dah macam-macam ubat dan usaha yang telah ustazah lakukan.
Kawan ustazah yang mempekenalkan Mutiaraindahspa pada ustazah. Setelah 7x mandi, ustazah mula terasa ringan seperti ada harapan untuk sembuh. Jadi, ustazah teruskan usahanya untuk datang setiap hari walau pun dia duduk di Bangi. Sekali lagi kami melihat contoh anak yang baik yang sanggup hantar ibu bapa mereka dan menunggu dengan sabar sehingga rawatan selesai.
Sabtu lepas, apak dan ustazah datang untuk rawatan mandian ultrasonik mereka. Di Mutiaraindahspa kami ada dua kamar mandi. Apak habis dulu dan duduk di depan ( kawasan rehat untuk lelaki ) dan apabila ustazah selesai, dia ke belakang untuk rehat. Di kawasan rehat wanita, ustazah berjumpa dengan anak perempuan apak. Mereka bertanya khabar dan berkongsi maklumat.
Kemudian, kami di fahamkan ada kemungkinan mereka adalah saudara. Ustazah ke depan berjumpa apak...dan sohih, mereka adalah saudara 2 pupu yang terpisah kerana keluarga masing-masing dah berpindah dari kampung asal mereka di Negeri Sembilan. Rancak mereka berbual meyebut nama nama orang yang mereka kenal, baik yang hidup mahupun yang dah meninggal.
(Apak dan Ustazah sedang rancak berbual)
Kami di Mutiaraindahspa merasa sungguh seronok. Bukan saja spa kami tempat untuk mendapat rawatan kesihatan dan kecantikan tapi juga untuk mereka berkongsi ilmu, maklumat, persahabatan dan kekeluargaan.
Semoga pelanggan2 kami terus mendapat kebaikan dunia dan akhirat di mana saja mereka berada.
No comments:
Post a Comment