widgeo.net
Hidup ibarat Lilin, bila-bila masa sahaja akan terpadam..

Saturday, August 21, 2010

BUBUR LAMBOK PANTAI TIMUR

Di Kampung Baru ni, sangat popular dengan BUBUR LAMBOKnya. Hampir setiap hari d bulan ramadhan ni kami dapat makan bubur lambok free.

Tetapi sebenarnya kami lebih gemar bubur lambok pantai timur.Mungkin kerana kami suka makan sayur kampung dan makan ikan.




( laparlah pulak )


So let us share resepinya di sini.


  1. Beras 2 pot, rebus dengan garam secukup rasa. ( sebaik2nya beras kampung..hancur)
  2. Ikan 1 kg, bakar. ( sebaiknya ikan selayang/sardin atau kembong..tumbuk)
  3.  Seikat campuran sayuran kampung. ( pucuk ubi, pucuk paku merah, kamgkung, daun kesum, daun kaduk, daun geti,..banyak lagi tapi tak ingat nama )
( beranika sayuran kampung )

  1. Santan semangkuk. ( jangan cair sangat )
  2. Lada hitam sesudu. ( tumbuk lumat ) dan
  3. Bawang putih 5 ulas. ( tumbuk lumat ).


Bila beras dah hancur, masukkan campuran sayuran kampung dan ikan bakar yang telah di tumbuk. Rebus seketika sehingga sayur lembut.
Masukkan santan yang di campurkan dengan lada hitam dan bawang putih ke dalam bubur. Biarkan seketika, angkat dan hidangkan.

Ada orang yang masukkan budu dalam bubur.
Ada orang masukkan gula nisan sedikit.
Ada orang masukkan pak aji.
Ada orang masukkan ubi keledek.

Tapi klu ikannya fresh, itu semua tak perlu.

SELAMAT BERBUKA PUASA. JANGAN LUPA DOA  SEBELUM WAKTU BERBUKA.

Monday, August 16, 2010

SPA ANDA D RUMAH

Ramai yang mengeluh tak dapat mandi spa di bulan ramadhan ini. Siang tak d galakkan mandi,  kerana 15 minit mandian bersamaan dengan 3 km berjogging. Malam pula. kami nak berterawih.
So, apa pilihannya....

 Tahu kah anda yang anda masih mampu berspa tanpa perlu datang ke spa kami?
 Ya...berspa tanpa perlu datang ke Mutiara Indah Spa.

Bagaimana?

Sebenarnya kami juga adalah pengedar sah untuk mesin Home 
Spa SG 2000.

Anda boleh dapatkan mesin spa dan minyak aromaterapinya dari kami dengan harga yang sangat berpatutan....Ya harga yang sangat berpatutan yang mampu di beli oleh orang ramai. Dan dah ramai orang membelinya dari kami .
Kebanyakan pelangan yang membeli mesin SG 2000 adalah mereka yang berpuas hati dengan hasil mandian di tempat kami. Mereka bukan saja datang kerana nak cantik, tapi kebanyakkan yang datang kerana masalah kesihatan seperti cancer, sakit kulit, strok, sakit sendi, sakit lutut yang kronik,asma dan berbagai lagi penyakit.

( Encik Aziz-parkinson )

 Even, bayi yang di serang demam kuning yang baru berusia 27 hari pun datang mandi di tempat kami.
( Baby Bilqis )

 Jadi mandian ultrasonik ini bukan saja untuk orang dewasa tetapi untuk seisi rumah,tak kira lelaki,perempuan, tua, muda, orang sakit dan juga orang sehat.

Tak rugi kalau anda laburkan wang anda untuk kesihatan seluruh keluarga.Bukan setakat keluarga anda, anda juga boleh panjangkan kepada jiran2 dan kawan2 anda.Boleh buat side income.

Seronokkan kalau ada spa sendiri di rumah. Boleh mandi bila2 masa saja dan beberapa kali sehari tanpa perlu keluar rumah. Sebelum berterawih boleh mandi, balik berterawih pun boleh mandi.

Dapatkan segera satu set mesin Home Spa dengan harga RM4980.00 sahaja.

         Kami akan membimbing anda tentang cara penggunaannya.
Untuk keterangan lebih lanjut, sila hubungi kami di talian 0133983845 atau 0133183845.

Sunday, August 15, 2010

Satay Kajang





Resepi Satay Kajang
Satay Kajang Recipe


Bahan-bahan:


1.5 kg ayam — buang tulangnya
1 sudu teh jintan putih

½ sudu teh serbuk kayu manis
8 bawang merah (bawang kecil) – potong dadu
1 sudu teh ketumbar
2.5 cm kunyit hidup
1 sudu teh gula
1 serai
2 sudu makan kacang tanah – bakar tanpa minyak
Garam secukup rasa
2 sudu makan minyak masak



Cara Penyediaan:

1. Potong kiub daging ayam. Tos dan ketepikan.
2. Kisar/tumbuk ketumbar, jintan putih, kunyit, kacang, garam dan gula. Gaulkan bahan-bahan yang telah dikisar/tumbuk dengan serbuk kayu manis, bawang merah dan 1 sudu minyak masak. Lumur ayam dengan adunan ini dan perap selama beberapa jam atau semalaman.
3. Cucuk 5 ketul daging ayam dengan lidi satay. Buat hingga habis.
4. Masak satay di atas bara arang. Balik-balikkan hingga masak sambil di percik minyak masak dengan serai yang telah diketuk. Gunakan kipas tangan untuk mengawal bara arang.
5. Hidangkan dengan kuah kacang.

Resepi Kuah Kacang

Bahan-bahan:
300.gm kacang tanah – goreng tanpa minyak hingga garing
2.5 cm halia
Seulas lengkuas
3 sudu makan cili kisar
2 serai
1 cawan gula
1 bawang besar
½ cawan air asam jawa
Garam secukup rasa

Cara Penyediaan:
1. Kisar kacang tanah kasar, ketepikan.
2. Kisar serai, halia dan lengkuas hingga halus.
3. Hiris bawang besar, goreng hingga layu.
4. Masukkan cili kisar dan kesemua bahan yang telah dikisar kecuali kacang.
5. Masukkan air asam jawa, kacang, gula dan garam. Teruskan masak sehingga kuah pekat.





Related Posts with Thumbnails

order form (jom order di sini..)

Name:
E-MAIL(Email Address):
ALAMAT RUMAH(address):
NO TEL(phone no):
BARANG YG INGIN DIBELI(purchase order):
CARA BAYARAN(method of payment): bank in(cash deposit)
Maybank2u
cash
PENGHANTARAN(delivery): pos laju
pos express
self collection(ambil di Mutiara Indah spa)

This contact form was created by Freedback.