widgeo.net
Hidup ibarat Lilin, bila-bila masa sahaja akan terpadam..

Saturday, August 21, 2010

BUBUR LAMBOK PANTAI TIMUR

Di Kampung Baru ni, sangat popular dengan BUBUR LAMBOKnya. Hampir setiap hari d bulan ramadhan ni kami dapat makan bubur lambok free.

Tetapi sebenarnya kami lebih gemar bubur lambok pantai timur.Mungkin kerana kami suka makan sayur kampung dan makan ikan.




( laparlah pulak )


So let us share resepinya di sini.


  1. Beras 2 pot, rebus dengan garam secukup rasa. ( sebaik2nya beras kampung..hancur)
  2. Ikan 1 kg, bakar. ( sebaiknya ikan selayang/sardin atau kembong..tumbuk)
  3.  Seikat campuran sayuran kampung. ( pucuk ubi, pucuk paku merah, kamgkung, daun kesum, daun kaduk, daun geti,..banyak lagi tapi tak ingat nama )
( beranika sayuran kampung )

  1. Santan semangkuk. ( jangan cair sangat )
  2. Lada hitam sesudu. ( tumbuk lumat ) dan
  3. Bawang putih 5 ulas. ( tumbuk lumat ).


Bila beras dah hancur, masukkan campuran sayuran kampung dan ikan bakar yang telah di tumbuk. Rebus seketika sehingga sayur lembut.
Masukkan santan yang di campurkan dengan lada hitam dan bawang putih ke dalam bubur. Biarkan seketika, angkat dan hidangkan.

Ada orang yang masukkan budu dalam bubur.
Ada orang masukkan gula nisan sedikit.
Ada orang masukkan pak aji.
Ada orang masukkan ubi keledek.

Tapi klu ikannya fresh, itu semua tak perlu.

SELAMAT BERBUKA PUASA. JANGAN LUPA DOA  SEBELUM WAKTU BERBUKA.

2 comments:

  1. selamat berbuka. :) petang nnt ea.. skang tgok gambo je hehe

    ReplyDelete
  2. selamat berbuka cik shiqa. jgn lupa baca doa tau. doakan utk kami sama ye..

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails

order form (jom order di sini..)

Name:
E-MAIL(Email Address):
ALAMAT RUMAH(address):
NO TEL(phone no):
BARANG YG INGIN DIBELI(purchase order):
CARA BAYARAN(method of payment): bank in(cash deposit)
Maybank2u
cash
PENGHANTARAN(delivery): pos laju
pos express
self collection(ambil di Mutiara Indah spa)

This contact form was created by Freedback.