widgeo.net
Hidup ibarat Lilin, bila-bila masa sahaja akan terpadam..

Thursday, July 8, 2010

SAKIT LUTUT

 Pertama kali kak Ani datang ke spa kami bersama dengan dengan geng ibu tunggal ialah  pada 28/5/10. Siap ada yang bawa cucu. Riuh kedamat dengan hilai tawa  mereka. Walaupun mereka datang dari taman perumahan yang sama dan hampir setiap hari berjumpa di surau tapi  tetap banyak yang hendak di kongsikan.

Kak Ani menderita sakit lutut yang teramat sangat, hampir 6 tahun. Puncanya kak ani tak pasti. Adakala kak ani terpaksa ambil ubat suntikan tahan sakit di klinik berdekatan rumahnya. Pergi klinik, dr kata biasalah orang tua. Sedangkan kak ani baru 56 tahun.

Kak Ani dah cuba berbagai rawatan untuk menghilangkan sakit lutut yang di tanggungnya. Tapi belum diizinkanNya.

Kak ani ambil pakej 7x. Hampir setiap hari kak ani n the geng datang. Awal mandian,lutut kak ani terasa semakin sakit. Dia hampir give up. Alhamdulillah, atas desakan kawan2, kak ani teruskan rawatannya. Mandian kali ke4, lutut kak ani mulai terasa ringan.

Pada mandian kali ke4 juga kami membekalkan minuman kesihatan SUSU KAMBING HIGOAT. Susu kambing bersifat alkali dan tinggi kalsium. Kak ani minum susu kambing 2x sehari, pagi sebelum makan pagi dan malam sebelum tidur.
( SUSU KAMBING HIGOAT )

Habis 7x pakej, kak ani sambung satu lagi pakej .

Kak ani datang ke spa untuk mandian ke10, dan peluk saya. Seronok sangat. Kak ani dah boleh pakai seluar tanpa perlu duduk. Kak ani dah boleh angkat kaki tanpa perlu di bantu, dan kak ani dah boleh berdiri lama untuk solat. Itu yang benar2 buat kak ani gembira. Bulan ramadhan sudah hampir, kak ani harap untuk solat teraweh bersama jemaah di surau.

Sebenarnya bukan  lutut kak ani saja yang dah baik, tapi kulit dan wajah kak ani juga dah cantik, berseri dan bercahaya. InshaAllah saya akan menulis satu artikal tentang bagaimana mandian ultrasonik ini berfungsi. Sabar ye........


( MAS ROHANI- KAK ANI SELEPAS MANDIAN YANG KE12 )

Tuesday, July 6, 2010

Spa Jejak Yang Hilang...

Sungguh terharu apabila kami dapat menemukan dua buah  keluarga yang telah terpisah oleh jarak generasi.


Apak ( nama sebenar Ujang Bin Mawi ) sakit tua dan sakit lutut. Anak perempuan beliau yang selalu membawa apak ke spa kami untuk mandian ultrasonik. Adakala apak akan duduk dari pagi hingga petang untuk mendapatkan 2x mandian kerana  apak duduk di Seremban dan apak  terpaksa menunggu hari anaknya free / cuti. Apak suka mandian ultrasonik kami kerana semenjak apak mandi sakit lututnya berkurangan.


Ustazah ( Puan Radziah Binti Hj Mustafa )  pula datang  ke spa kami kerana dah 7 tahun dia menderita sakit psoriasis (sejenis sakit kulit yang agak kronik ). Dah macam-macam ubat dan usaha yang telah ustazah lakukan.
 Kawan ustazah yang mempekenalkan Mutiaraindahspa pada ustazah. Setelah 7x mandi, ustazah mula terasa ringan seperti ada harapan untuk sembuh.  Jadi, ustazah teruskan usahanya untuk datang setiap hari walau pun dia duduk di Bangi. Sekali lagi kami melihat contoh anak yang baik yang sanggup hantar ibu bapa mereka dan menunggu dengan sabar sehingga rawatan selesai.


Sabtu lepas, apak  dan ustazah datang untuk rawatan mandian ultrasonik mereka. Di Mutiaraindahspa kami ada dua kamar mandi. Apak habis dulu dan duduk di depan ( kawasan rehat untuk lelaki ) dan apabila ustazah selesai, dia ke belakang untuk rehat. Di kawasan rehat wanita, ustazah berjumpa dengan anak perempuan apak. Mereka bertanya khabar dan berkongsi maklumat.


Kemudian, kami di fahamkan ada kemungkinan mereka adalah saudara. Ustazah ke depan berjumpa apak...dan sohih, mereka adalah saudara 2 pupu yang terpisah kerana keluarga masing-masing dah berpindah dari kampung asal mereka di Negeri Sembilan. Rancak mereka berbual meyebut nama nama orang yang mereka kenal, baik yang hidup mahupun yang dah meninggal.


(Apak dan Ustazah sedang rancak berbual)




Kami di Mutiaraindahspa merasa sungguh seronok. Bukan saja spa kami tempat untuk mendapat rawatan kesihatan dan kecantikan tapi juga untuk mereka berkongsi ilmu, maklumat, persahabatan dan kekeluargaan.


Semoga pelanggan2 kami terus mendapat kebaikan dunia dan akhirat di mana saja mereka berada.
Related Posts with Thumbnails

order form (jom order di sini..)

Name:
E-MAIL(Email Address):
ALAMAT RUMAH(address):
NO TEL(phone no):
BARANG YG INGIN DIBELI(purchase order):
CARA BAYARAN(method of payment): bank in(cash deposit)
Maybank2u
cash
PENGHANTARAN(delivery): pos laju
pos express
self collection(ambil di Mutiara Indah spa)

This contact form was created by Freedback.