widgeo.net
Hidup ibarat Lilin, bila-bila masa sahaja akan terpadam..

Sunday, August 15, 2010

Satay Kajang





Resepi Satay Kajang
Satay Kajang Recipe


Bahan-bahan:


1.5 kg ayam — buang tulangnya
1 sudu teh jintan putih

½ sudu teh serbuk kayu manis
8 bawang merah (bawang kecil) – potong dadu
1 sudu teh ketumbar
2.5 cm kunyit hidup
1 sudu teh gula
1 serai
2 sudu makan kacang tanah – bakar tanpa minyak
Garam secukup rasa
2 sudu makan minyak masak



Cara Penyediaan:

1. Potong kiub daging ayam. Tos dan ketepikan.
2. Kisar/tumbuk ketumbar, jintan putih, kunyit, kacang, garam dan gula. Gaulkan bahan-bahan yang telah dikisar/tumbuk dengan serbuk kayu manis, bawang merah dan 1 sudu minyak masak. Lumur ayam dengan adunan ini dan perap selama beberapa jam atau semalaman.
3. Cucuk 5 ketul daging ayam dengan lidi satay. Buat hingga habis.
4. Masak satay di atas bara arang. Balik-balikkan hingga masak sambil di percik minyak masak dengan serai yang telah diketuk. Gunakan kipas tangan untuk mengawal bara arang.
5. Hidangkan dengan kuah kacang.

Resepi Kuah Kacang

Bahan-bahan:
300.gm kacang tanah – goreng tanpa minyak hingga garing
2.5 cm halia
Seulas lengkuas
3 sudu makan cili kisar
2 serai
1 cawan gula
1 bawang besar
½ cawan air asam jawa
Garam secukup rasa

Cara Penyediaan:
1. Kisar kacang tanah kasar, ketepikan.
2. Kisar serai, halia dan lengkuas hingga halus.
3. Hiris bawang besar, goreng hingga layu.
4. Masukkan cili kisar dan kesemua bahan yang telah dikisar kecuali kacang.
5. Masukkan air asam jawa, kacang, gula dan garam. Teruskan masak sehingga kuah pekat.





No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails

order form (jom order di sini..)

Name:
E-MAIL(Email Address):
ALAMAT RUMAH(address):
NO TEL(phone no):
BARANG YG INGIN DIBELI(purchase order):
CARA BAYARAN(method of payment): bank in(cash deposit)
Maybank2u
cash
PENGHANTARAN(delivery): pos laju
pos express
self collection(ambil di Mutiara Indah spa)

This contact form was created by Freedback.