widgeo.net
Hidup ibarat Lilin, bila-bila masa sahaja akan terpadam..

Friday, April 21, 2017

Tip Sihat : Kaedah Penjagaan Mulut Yang Efektif

Mulut

Penjagaan kesihatan mulut amat penting dalam penampilan diri seseorang itu. Mulut merupakan bahagian permulaan sistem penghadaman, pertuturan dan kecantikan wajah. Jika bahagian mulut tidak dijaga dengan baik, kesannya dapat dilihat pada gigi yang tidak bersih atau rosak,  bau mulut yang tidak menyenangkan dan pengeluaran air liur basi yang mencemarkan bantal-bantal anda.

Dan yang paling menakutkan apabila anda diserang sakit gusi dan gigi yang boleh mengakibatkan denyutan dan radang yang akan menganggu kesihatan dan aktiviti harian anda. Kos menjagaan gigi dan gusi  yang rosak juga agak tinggi dan menyakitkan.


Pasti ini gigi idaman kalian

Kaedah Rawatan Efektif.


Kami ingin memperkenalkan kepada masyarakat tentang satu kaedah yang kami sekeluarga telah amalkan beberapa tahun kebelakangan ini. Rawatannya sangat mudah, murah dan sangat berkesan.

Kami bertemu dengan kaedah rawatan ini selepas melalui beberapa episod sakit gusi dan gigi sehingga kami kehilangan beberapa batang gigi. Dan alhamdulillah selepas mengamalkan kaedah ini kami sekeluarga telah bebas dari sakit gusi dan gigi. Dan sehingga hari menulis artikel ini, kami tidak perlu berjumpa dengan doktor gigi. Gigi-gigi kami kuat, bersih dan putih.

Oil Pulling

Kaedah yang ingin kami perkenalkan ialah kaedah penjagaan mulut kaum India kuno yang sudah ribuan tahun lamanya. Kaedah Ayurveda ini di namakan ‘Oil Pulling’ atau Berkumur Minyak. Berkumur dengan minyak-minyak organik seperti Minyak Bijan,  Minyak Bunga Matahari, Minyak Kelapa Dara, Minyak Zaiton dan beberapa lagi jenis minyak yang selamat.


Kami guna jenama ini. 


Kami memilih Minyak Kelapa Dara kerana baunya yang agak mesra dengan budaya Melayu. Baunya seakan-akan kita sedang makan kueh sagon kelapa, tidak meloyakan. Harga minyak ini juga murah dan mudah untuk mendapatnya atau boleh dibuat sendiri.

Cara-cara Kaedah Oil Pulling


Cara penjagaan kaedah Oil Pulling sangat mudah, ringkas dan selamat untuk diamalkan oleh semua lapisan umur dan jantina. Selamat juga diamalkan oleh ibu mengandung. Hanya tidak digalakkan bagi kanak-kanak yang masih kecil, kemungkinan mereka gagal mengawal minyak kumuran dari tertelan.

Apa yang perlu anda lakukan ialah kumur mulut dengan minyak pilihan anda sebanyak 2-3 sudu makan selama 15-20 minit. Tetapi ikhlas hati kami katakan, kami hanya mampu melakukannya hanya dalam 2-3 minit sahaja.

Minyak di dalam mulut itu diperlakukan seperti mana anda berkumur menggunakan Listerine. Minyak itu perlu dibuang dan bilaslah mulut dengan air suam. Ada yang menyarankan dilakukan semasa perut kosong dan dilakukan beberapa kali sehari. Kami hanya melakukan sekali sehari sahaja, itupun sudah memberi hasil yang memuaskan

Pastikan anda tidak tertelan minyak kumuran kerana dikatakan apabila minyak itu di bawah mikroskop dengan 600 kali magnifikasi, di dapati terdapat organisma hidup yakni embrio bakteria kalau tidak dibuang akan menyebabkan penyakit lain pula. 





Juga dikatakan kaedah rawatan cara ini berkemungkinan boleh menyembuhkan sel-sel, tisu-tisu serta semua organ-organ tubuh secara serentak daripada kemusnahan yang boleh berlaku akibat kehadiran kuman-kuman atau bahan toksik yang berada di dalam mulut. Tanpa gangguan kuman-kuman ini (termasuk radikal bebas bertoksik) kemudaratan tubuh dapat dihentikan dan tubuh pada keseluruhannya akan menjadi lebih sihat.

Apa kata pengamal Oil Pulling


Selain dari kami yang mengamalkannya, kami juga telah banyak kali berkongsi kebaikan Oil Pulling ini di media sosial, dengan saudara mara dan sahabat handai. Dan ini adalah salah seorang yang telah berkongsi testimoninya bersama kami.




Kesimpulan

  • Kaedah Oil Pulling adalah penyelesaian alternatif kepada masalah gusi dan gigi anda.
  • Kaedahnya sangat mudah, murah, ringkas dan selamat.
  • Kaedah ini juga dapat menyelamatkan masa dan wang anda untuk rawatan susulan di klinik gigi.
  • Mengamalkan kaedah ini dalam masa jangka panjang dapat membantu menyelesaikan banyak masalah kesihatan anda.


Sesiapa yang ingin mencuba cara atau  sedang mencuba, sila berkongsi maklumat di ruang komen.

Sila berkongsi artikel ini kalau anda merasakan ia boleh membantu saudara mara dan sahabat anda menyelesaikan masalah gusi dan gigi mereka.


No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails

order form (jom order di sini..)

Name:
E-MAIL(Email Address):
ALAMAT RUMAH(address):
NO TEL(phone no):
BARANG YG INGIN DIBELI(purchase order):
CARA BAYARAN(method of payment): bank in(cash deposit)
Maybank2u
cash
PENGHANTARAN(delivery): pos laju
pos express
self collection(ambil di Mutiara Indah spa)

This contact form was created by Freedback.