Bahan Toksid “Arsenic" dalam beras.
Memang mamak haji sendiri terkejut di media kesihatan barat yang hangat bincangkan tentang bahan beracun “Arsenic" yang terdapat dalam makanan bijirin/cereal (beras) bayi.
Bukan dalam beras saja ada bahan toksid arsenic ini, dalam bahan makanan lain seperti sayuran, buah-buahan dan banyak lagi bahan makanan mengandungi racun Arsenic ini.
Bagaimana toksid Arsenic ini masuk ke dalam bahan makanan?
Arsenic ialah elemen terdapat dalam 'kerak' bumi. Arsenic sangat sedikit terdapat dalam air, tanah dan udara. Tanaman biasanya menyerap arsenic ini melalui air bila melalui proses tumbuhan. Cara inilah arsenic ini masuk kedalam makanan. Arsenic bukan aditif atau bahan masakan.
Ada 2 jenis Arsenic. Arsenic organik dan bukan organik. Maksud oranik sini bukan makna tanaman / pertanian organik. Ia adalah elemen kimia yang punyai sebatian atom ‘karbon’ digelar organik dan tiada sebatian atom karbon digelar non-organik / bukan organik.
(gambar hiasan) |
Apa kena mengena Arsenic dalam beras?. Tumbuhan padi dikatakan menyerap bahan toksid arsenic lebih banyak dari tumbuhan makanan lain.Beras yang dihasilkan oleh tumbuhan padi itu sudah pasti punyai kadar yang lebih toksid Arsenic ini dari tumbuhan yang hasilkan makanan utuk manusia.
Dalam kajian dan analisa FDA Amerika Syarikat bayi yang amalkan makanan utama bijirin/cereal beras alami lembab dalam analisa saintifik ujian pendidikan. Pihak FDA juga telah kenal pasti keracunan bukan organik Arsenic telah menyebabkan kanser paru-paru dan bladder cancer.
(gambar hiasan) |
Bagaimana menghindarkan racun Arsenic ini?. Ia amat mudah untuk orang dewasa. Tanak beras dengan air yang banyak 1:5 dan buang kanjinya. Dikatakan 50-60 peratus racun Arsenic boleh dihindarkan melalui cara tanak nasi ini. Bukankah yang cara tanak nasi telah dianjurkan oleh orang-orang tua dulu. Bila datang rice cooker semuanya telah berubah. Bila semakin nak mudah tapi parah utk kesihatan yang dicari
Bagaimana bayi yang mula mengambil makanan 6 bulan ke atas?. Kalau boleh ibu-ibu berhentikan blender beras dan masak bubur. Masak bubur nasi seperti biasa dengan kadar air lebih dan buang air patut dan berikan pada bayi anda. Tapi jangan amalkan cuma bubur beras saja..ganti-gantilah dengan makanan bijiran lain yang tersedia jual. Selang-selikan makanan bayi anda.
Rujukan: https//www:fda.gov/forconsumers
Rujukan: https//www:fda.gov/forconsumers
credit : FB mamak haji
No comments:
Post a Comment