Setiap insan inginkan badan yang sihat. Badan yang sihat memberi ketenangan dan kebahagian. Manusia sanggup berbelanja besar, hanya untuk kekal sihat. Sihat tanda kemewahan.
Aku ingin sihat!!
Aku ingin sihat untuk aku terus mampu menikmati penghidupan ini. Mampu terus berkerja untuk mencari rezeki yang halal. Aku ingin sihat untuk bersama rakan-rakanku. Aku ingin sihat untuk bersama keluargaku.
Tetapi yang paling utama, aku ingin sihat untuk terus mampu menyembah Tuhanku. Tuhan yang telah menciptaku dengan secukup sifat, memberiku rezeki dari sisi-Nya, memberikan aku keluarga yang membahagiakan jantunghatiku.
Aku ingin sihat!!
Ya Allah, berilah aku kesihatan yang optima supaya aku mampu mengerjakan suruhan-Mu dan menjauhkan diri dari larangan-Mu. Tunjukilah aku cara bagaimana aku mampu mengekalkan kesihatanku.
Allahumma Aamiin Ya Rabb.
No comments:
Post a Comment