widgeo.net
Hidup ibarat Lilin, bila-bila masa sahaja akan terpadam..

Tuesday, April 18, 2017

Menu Sihat : Bubur Lambuk

Bubur lambuk adalah makanan kesukaan dari Pantai Timur. Menu ini di masak pada bila-bila masa sahaja. Daunnya (campuran beberapa jenis sayuran seperti pucuk paku merah, pucuk paku hijau, kangkong, daun kaduk dan daun kesum) mudah dibeli di pasar besar mahupun di kedai tepi jalan.

                                                            (gambar ihsan goggle)

Tidak seperti di Pantai Barat, bubur ini hanya boleh di dapati apabila masuknya bulan Ramadan sahaja. Mungkin kerana susah untuk mendapat daun-daun untuk dimasukkan ke dalam bubur. Kalau adapun, daunnya di jual berasingan dan ini meningkatkan kos masakan.

                                                        (gambar ihsan goggle)

Bubur Lambuk ini sangat berkhasiat untuk dihidangkan kepada orang yang baru nak kebah dari sakit. Menu ini lengkap dengan khasiat yang diperlukan badan. Lemak baik dari santan (santan baik ye. Baca sini : http://pmr.penerangan.gov.my/index.php/sosial/11514-mitos-mengenai-santan-kelapa-mardi.html ), protein dari ikan yang di panggang, serat dari daun-daun kayu yang hidup liar, kanji dari beras yang direbus dan vitamin yang ada di dalam bawang merah, bawang putih, halia dan lada hitam mampu memberi tenaga kepada individu yang mengambilnya.

Resepi Bubur Lambuk
  • 1 pot beras. 
  • 5 pot air.
  • Seikat campuran daun kayu bubur lambuk. 
  • 4 ekor ikan kembung atau ikan selayang. 
  • Sekotak kecil santan segera.
  • 1 camca lada hitam
  • 5 ulas bawang merah
  • 10 ulas bawang putih
  • 1 inci halia dan
  • Garam gula secukup rasa.
  • Budu jika suka.

Cara-cara memasaknya.
Basuh beras sehingga bersih, rendam beras untuk menpercepatkan proses merebusnya selama 1 jam. Selepas sejam, tapis beras yang telah direndam dan masukkan ke dalam periuk.  Masukkan 5 pot air dan naikkan ke dapur untuk merebus menjadi bubur ( kalau bubur nampak kering, tambah air panas dalam beberapa cawan).
Bersihkan ikan dan panggang tawar (saya letak atas kuali tanpa minyak). Tidak perlu panggang sehingga kering, sekadar isi ikan masak sahaja. Ikan masak, bolehlah disejukkan sebelum diasingkan isi dari tulangnya.
Tumbuk isi ikan yang telah diasingkan isi dari tulang sehingga lumat. Masukkan kedalam mangkuk yang berisi santan. Tumbuk bawang, halia dan lada hitam sehingga lumat dan masukkan juga ke dalam mangkuk santan yang berisi ikan tadi. Biarkan seketika.
Apabila nasi sudah menjadi bubur, masukkan daun-daun kayu yang sudah dibersihkan ke dalam periuk bubur yang hampir kering. Masak dalam 10 minit atau sehingga daun-daun kayu itu lembut. 
Masukkan santan yang berisi bahan-bahan yang telah ditumbuk halus. Kacau perlahan-lahan. Kalau pekat sangat tambah air. Rasakan garam gula. Kalau anda ingin masukkan budu, jangan masukkan garam lagi. Rasa dulu bubur anda mengikut tahap kemasinan yang anda suka.
Bila bubur gelegak, tutup api, angkat dan bolehlah anda nikmati bubur panas-panas ini dengan kerabu taugeh kerang.
Selamat menjamu selera dan menjaga kesihatan.



No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails

order form (jom order di sini..)

Name:
E-MAIL(Email Address):
ALAMAT RUMAH(address):
NO TEL(phone no):
BARANG YG INGIN DIBELI(purchase order):
CARA BAYARAN(method of payment): bank in(cash deposit)
Maybank2u
cash
PENGHANTARAN(delivery): pos laju
pos express
self collection(ambil di Mutiara Indah spa)

This contact form was created by Freedback.