Kami wanita sukakan kecantikan. Tetapi kecantikan sangat subjektif. Cantik di mata kami, tidak di mata anda. Jadi di mana yang di katakan cantik itu. seperti kata mereka 'beauty lies in the eyes of the beholder'..
Kerana terlalu inginkan kecantikan, ramai wanita terlepas pandang tentang kayu ukur pada cantik itu sendiri. Ramai yang memilih untuk mengikut kayu ukur dunia barat. Cantik bagi dunia barat, apabila wanita berpakaian menjolok mata dan menconteng muka.Tapi bagi kita wanita timur...
Perlukah kayu ukur barat yang kita guna untuk mengukur kecantikan seorang wanita itu?
Perlukah kita mengikuti fesyen terkini untuk tampil bergaya?
Perlukah wajah di corak tebal untuk kita di terima di dalam pergaulan?
Tanpa semua ini, adakah kita akan kehilangan keyakinan diri?
Semua ini akan kita bincangkan dalam Talk Show kami ' Cantik Luar Cantik Dalam' pada 5/3/2011 di KL International Hotel (Kuala Lumpur) oleh speaker2 kami :
1) Dr Adlina.- [MD(UKM) / MPH(UM) / MBA(SCU,Australia) pakar Perubatan kemasyrakatan. Profesor di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia] - membawa tajuk 'kesihatan vs kecantikan'
2) Puan Raja Norazmi - [Dip. Physiatric,UK / Dip. Aromatherapy,UK / CIDESCO, Zurich (Cosmetology)] - dengan tajuk 'cantik dan berkeyakinan'
3) En Akbar Azmi - penampilan khas (artis, pelakon, penyanyi dan pengacara )] - dengarkan luahan ikhlas dari seorang lelaki mengenai wanita
No comments:
Post a Comment