widgeo.net
Hidup ibarat Lilin, bila-bila masa sahaja akan terpadam..

Friday, April 21, 2017

Tip Sihat : Kaedah Penjagaan Mulut Yang Efektif

Mulut

Penjagaan kesihatan mulut amat penting dalam penampilan diri seseorang itu. Mulut merupakan bahagian permulaan sistem penghadaman, pertuturan dan kecantikan wajah. Jika bahagian mulut tidak dijaga dengan baik, kesannya dapat dilihat pada gigi yang tidak bersih atau rosak,  bau mulut yang tidak menyenangkan dan pengeluaran air liur basi yang mencemarkan bantal-bantal anda.

Dan yang paling menakutkan apabila anda diserang sakit gusi dan gigi yang boleh mengakibatkan denyutan dan radang yang akan menganggu kesihatan dan aktiviti harian anda. Kos menjagaan gigi dan gusi  yang rosak juga agak tinggi dan menyakitkan.


Pasti ini gigi idaman kalian

Kaedah Rawatan Efektif.


Kami ingin memperkenalkan kepada masyarakat tentang satu kaedah yang kami sekeluarga telah amalkan beberapa tahun kebelakangan ini. Rawatannya sangat mudah, murah dan sangat berkesan.

Kami bertemu dengan kaedah rawatan ini selepas melalui beberapa episod sakit gusi dan gigi sehingga kami kehilangan beberapa batang gigi. Dan alhamdulillah selepas mengamalkan kaedah ini kami sekeluarga telah bebas dari sakit gusi dan gigi. Dan sehingga hari menulis artikel ini, kami tidak perlu berjumpa dengan doktor gigi. Gigi-gigi kami kuat, bersih dan putih.

Oil Pulling

Kaedah yang ingin kami perkenalkan ialah kaedah penjagaan mulut kaum India kuno yang sudah ribuan tahun lamanya. Kaedah Ayurveda ini di namakan ‘Oil Pulling’ atau Berkumur Minyak. Berkumur dengan minyak-minyak organik seperti Minyak Bijan,  Minyak Bunga Matahari, Minyak Kelapa Dara, Minyak Zaiton dan beberapa lagi jenis minyak yang selamat.


Kami guna jenama ini. 


Kami memilih Minyak Kelapa Dara kerana baunya yang agak mesra dengan budaya Melayu. Baunya seakan-akan kita sedang makan kueh sagon kelapa, tidak meloyakan. Harga minyak ini juga murah dan mudah untuk mendapatnya atau boleh dibuat sendiri.

Cara-cara Kaedah Oil Pulling


Cara penjagaan kaedah Oil Pulling sangat mudah, ringkas dan selamat untuk diamalkan oleh semua lapisan umur dan jantina. Selamat juga diamalkan oleh ibu mengandung. Hanya tidak digalakkan bagi kanak-kanak yang masih kecil, kemungkinan mereka gagal mengawal minyak kumuran dari tertelan.

Apa yang perlu anda lakukan ialah kumur mulut dengan minyak pilihan anda sebanyak 2-3 sudu makan selama 15-20 minit. Tetapi ikhlas hati kami katakan, kami hanya mampu melakukannya hanya dalam 2-3 minit sahaja.

Minyak di dalam mulut itu diperlakukan seperti mana anda berkumur menggunakan Listerine. Minyak itu perlu dibuang dan bilaslah mulut dengan air suam. Ada yang menyarankan dilakukan semasa perut kosong dan dilakukan beberapa kali sehari. Kami hanya melakukan sekali sehari sahaja, itupun sudah memberi hasil yang memuaskan

Pastikan anda tidak tertelan minyak kumuran kerana dikatakan apabila minyak itu di bawah mikroskop dengan 600 kali magnifikasi, di dapati terdapat organisma hidup yakni embrio bakteria kalau tidak dibuang akan menyebabkan penyakit lain pula. 





Juga dikatakan kaedah rawatan cara ini berkemungkinan boleh menyembuhkan sel-sel, tisu-tisu serta semua organ-organ tubuh secara serentak daripada kemusnahan yang boleh berlaku akibat kehadiran kuman-kuman atau bahan toksik yang berada di dalam mulut. Tanpa gangguan kuman-kuman ini (termasuk radikal bebas bertoksik) kemudaratan tubuh dapat dihentikan dan tubuh pada keseluruhannya akan menjadi lebih sihat.

Apa kata pengamal Oil Pulling


Selain dari kami yang mengamalkannya, kami juga telah banyak kali berkongsi kebaikan Oil Pulling ini di media sosial, dengan saudara mara dan sahabat handai. Dan ini adalah salah seorang yang telah berkongsi testimoninya bersama kami.




Kesimpulan

  • Kaedah Oil Pulling adalah penyelesaian alternatif kepada masalah gusi dan gigi anda.
  • Kaedahnya sangat mudah, murah, ringkas dan selamat.
  • Kaedah ini juga dapat menyelamatkan masa dan wang anda untuk rawatan susulan di klinik gigi.
  • Mengamalkan kaedah ini dalam masa jangka panjang dapat membantu menyelesaikan banyak masalah kesihatan anda.


Sesiapa yang ingin mencuba cara atau  sedang mencuba, sila berkongsi maklumat di ruang komen.

Sila berkongsi artikel ini kalau anda merasakan ia boleh membantu saudara mara dan sahabat anda menyelesaikan masalah gusi dan gigi mereka.


Thursday, April 20, 2017

Produk : Pau Ana Tablet Kunyah Cerdas Minda

PAU-ANA

Pau Ana ialah "yang merupakan  produk interfasa makanan-ubat (Food Drug Interphase), adalah bukan ubat dan tidak dikawal oleh Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD). Ia hanya perlu dirujuk kepada Bahagian Keselamatan dan Kualiti Pemakanan, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)”.





  
  APAKAH PAU-ANA

  Pau-Ana ialah produk pemakanan kesihatan yang mengguna bahan utama ekstrak Paullinia cupana sorbilis, salah satu penawar yang terdapat dalam materia medika homeopati. Ia bukan penawar berpotensi seperti yang terdapat dalam rumusan homeopati, sebaliknya ia diadunkan dalam dos herba mengikut materia medika homeopati supaya ia boleh diadun bersama beberapa kandungan makanan kesihatan lain.




 Kandungan lain Pau-Ana ialah ekstrak Ginseng, Omega 3, susu kambing, ekstrak khurma , serbuk madu dan lain-lain bahan yang lazim terdapat dalam produk lain seperti coklat minda, JuzQ30, Abqori dan beberapa jenis pemakanan kesihatan, minda atau pemakanan sunnah lain.



Apakah itu Paullinia sorbilis?

  Sebenarnya tidak ramai yang tahu mengenai herba Paullinia c. sorbilis adalah sebenarnya sumber ubat homeopati. Kalau ada ahli masyarakat yang mengenalinya, ia adalah ekstrak Guarana. Pengetahuan itu ada dalam info konsultan HBI yang sudahpun menerbitkan 2 buah buku materia medika setakat ini.





KELEBIHAN PAU-ANA

  Sebagai suatu informasi berguna, khasiat pemakanan kesihatan HBI, Pau-Ana memberi tumpuan utama kepada intisari bahan utama iaitu ekstrak Guarana yang sehingga hari ini masih belum diketengahkan sebagai bahan pemakanan rumusan herba-homeopati.

  Tetapi selain itu, makanan sunnah, ginseng dan omega 3 juga menjadi bahan pelengkap kepada rumusan Pau-Ana keluaran HBI ini. Berdasarkan maklumat kajian literatur, sumber kesihatan herba dan materia medika homeopati, Pau-Anaakan berguna untuk (sekurang-kurangnya):

1.  Merangsang aktiviti intelek. 
2.  Membekalkan tenaga dan kecergasan. 
3.  Mengurangkan rasa mengantuk.
4.  Mengurangkan sakit kepala, terutama yang disebabkan berlebihan minum teh, nescafe, kopi atau alkohol.
5.  Mengurangkan tekanan mental dan fizikal.
6.  Memberi ketenangan dan mengendurkan ketegangan.
7.  Membantu memanjangkan jangka hayat (longevity)

  Pemakanan sunnah dalam rumusan Pau-Ana melibatkan penggunaan bahan susu kambing, khurma dan madu. Jika digabungkan dengan semua bahan dalam Pau-Ana, rumusan Pau-Ana adalah cukup hebat dan bakal meleTOP dalam pasaran tidak lama lagi.

  Apakah Pau-Ana juga sama seperti penawar cerdas atau cergas minda yang lain? Jawapan kami, terserah kepada pengguna menganggapnya. Tetapi bagi kami, kami fokus kepada tambahan tenaga. Pau-Ana akan sangat baik digunakan oleh mereka yang kekurangan tenaga atau berharap kepada rangsangan tenaga badan fizik dan intelek.



PAU-ANA DALAM BENTUK TABLET

  Pau-ana tidak ada dalam bentuk jus atau cecair. Dalam bentuk tabletpun, jika jumlah dos Paullinianya terlalu tinggi, rasanya agak pahit. Tetapi kalau hanya digunakan sedikit, kita tidak akan mendapat kesannya yang dikehendaki. Ia adalah produk yang telah dibuat kajian dengan teliti oleh oleh Mohamed Hatta Abu Bakar, HMD.




Sukacita kami maklumkan bahawa tablet berperisa Pau-Ana dibuat  dalam tablet 1,000mg. Ia boleh dikunyah dan boleh juga ditelan jika dibahagi dua. Kandungan sebotol ialah sebanyak 60 tabet. Dengan 1,000mg, dos yang disaran kepada pengguna ialah:

Moto “Pau-Ana ialah "Stamina untuk minda dan fizikal".

Apa Kata Pengamal Pau-Ana?




Bagi anda yang ingin penjelasan lanjut atau sedang mencari penawar yang selamat, sedap dan mampu miliki, sila whatsapp kami di 0133983845 dengan kadar segera.

Tuesday, April 18, 2017

Tip Elak Termakan Makanan Yang Mengandungi Bahan Arsenic.

Bahan Toksid “Arsenic" dalam beras.

Memang mamak haji sendiri terkejut di media kesihatan barat yang hangat bincangkan tentang bahan beracun “Arsenic" yang terdapat dalam makanan bijirin/cereal (beras) bayi.

Bukan dalam beras saja ada bahan toksid arsenic ini, dalam bahan makanan lain seperti sayuran, buah-buahan dan banyak lagi bahan makanan mengandungi racun Arsenic ini.


Bagaimana toksid Arsenic ini masuk ke dalam bahan makanan?
Arsenic ialah elemen terdapat dalam 'kerak' bumi. Arsenic sangat sedikit terdapat dalam air, tanah dan udara. Tanaman biasanya menyerap arsenic ini melalui air bila melalui proses tumbuhan. Cara inilah arsenic ini masuk kedalam makanan. Arsenic bukan aditif atau bahan masakan. 

Ada 2 jenis Arsenic. Arsenic organik dan bukan organik. Maksud oranik sini bukan makna tanaman / pertanian organik. Ia adalah elemen kimia yang punyai sebatian atom ‘karbon’ digelar organik dan tiada sebatian atom karbon digelar non-organik / bukan organik.


(gambar hiasan)


Apa kena mengena Arsenic dalam beras?. Tumbuhan padi dikatakan menyerap bahan toksid arsenic lebih banyak dari tumbuhan makanan lain.Beras yang dihasilkan oleh tumbuhan padi itu sudah pasti punyai kadar yang lebih toksid Arsenic ini dari tumbuhan yang hasilkan makanan utuk manusia.

Dalam kajian dan analisa FDA Amerika Syarikat bayi yang amalkan makanan utama bijirin/cereal beras alami lembab dalam analisa saintifik ujian pendidikan. Pihak FDA juga telah kenal pasti keracunan bukan organik Arsenic telah menyebabkan kanser paru-paru dan bladder cancer.


(gambar hiasan)


Bagaimana menghindarkan racun Arsenic ini?. Ia amat mudah untuk orang dewasa. Tanak beras dengan air yang banyak 1:5 dan buang kanjinya. Dikatakan 50-60 peratus racun Arsenic boleh dihindarkan melalui cara tanak nasi ini. Bukankah yang cara tanak nasi telah dianjurkan oleh orang-orang tua dulu. Bila datang rice cooker semuanya telah berubah. Bila semakin nak mudah tapi parah utk kesihatan yang dicari

Bagaimana bayi yang mula mengambil makanan 6 bulan ke atas?. Kalau boleh ibu-ibu berhentikan blender beras dan masak bubur. Masak bubur nasi seperti biasa dengan kadar air lebih dan buang air patut dan berikan pada bayi anda. Tapi jangan amalkan cuma bubur beras saja..ganti-gantilah dengan makanan bijiran lain yang tersedia jual. Selang-selikan makanan bayi anda.
Rujukan: https//www:fda.gov/forconsumers

credit : FB mamak haji

Menu Sihat : Bubur Lambuk

Bubur lambuk adalah makanan kesukaan dari Pantai Timur. Menu ini di masak pada bila-bila masa sahaja. Daunnya (campuran beberapa jenis sayuran seperti pucuk paku merah, pucuk paku hijau, kangkong, daun kaduk dan daun kesum) mudah dibeli di pasar besar mahupun di kedai tepi jalan.

                                                            (gambar ihsan goggle)

Tidak seperti di Pantai Barat, bubur ini hanya boleh di dapati apabila masuknya bulan Ramadan sahaja. Mungkin kerana susah untuk mendapat daun-daun untuk dimasukkan ke dalam bubur. Kalau adapun, daunnya di jual berasingan dan ini meningkatkan kos masakan.

                                                        (gambar ihsan goggle)

Bubur Lambuk ini sangat berkhasiat untuk dihidangkan kepada orang yang baru nak kebah dari sakit. Menu ini lengkap dengan khasiat yang diperlukan badan. Lemak baik dari santan (santan baik ye. Baca sini : http://pmr.penerangan.gov.my/index.php/sosial/11514-mitos-mengenai-santan-kelapa-mardi.html ), protein dari ikan yang di panggang, serat dari daun-daun kayu yang hidup liar, kanji dari beras yang direbus dan vitamin yang ada di dalam bawang merah, bawang putih, halia dan lada hitam mampu memberi tenaga kepada individu yang mengambilnya.

Resepi Bubur Lambuk
  • 1 pot beras. 
  • 5 pot air.
  • Seikat campuran daun kayu bubur lambuk. 
  • 4 ekor ikan kembung atau ikan selayang. 
  • Sekotak kecil santan segera.
  • 1 camca lada hitam
  • 5 ulas bawang merah
  • 10 ulas bawang putih
  • 1 inci halia dan
  • Garam gula secukup rasa.
  • Budu jika suka.

Cara-cara memasaknya.
Basuh beras sehingga bersih, rendam beras untuk menpercepatkan proses merebusnya selama 1 jam. Selepas sejam, tapis beras yang telah direndam dan masukkan ke dalam periuk.  Masukkan 5 pot air dan naikkan ke dapur untuk merebus menjadi bubur ( kalau bubur nampak kering, tambah air panas dalam beberapa cawan).
Bersihkan ikan dan panggang tawar (saya letak atas kuali tanpa minyak). Tidak perlu panggang sehingga kering, sekadar isi ikan masak sahaja. Ikan masak, bolehlah disejukkan sebelum diasingkan isi dari tulangnya.
Tumbuk isi ikan yang telah diasingkan isi dari tulang sehingga lumat. Masukkan kedalam mangkuk yang berisi santan. Tumbuk bawang, halia dan lada hitam sehingga lumat dan masukkan juga ke dalam mangkuk santan yang berisi ikan tadi. Biarkan seketika.
Apabila nasi sudah menjadi bubur, masukkan daun-daun kayu yang sudah dibersihkan ke dalam periuk bubur yang hampir kering. Masak dalam 10 minit atau sehingga daun-daun kayu itu lembut. 
Masukkan santan yang berisi bahan-bahan yang telah ditumbuk halus. Kacau perlahan-lahan. Kalau pekat sangat tambah air. Rasakan garam gula. Kalau anda ingin masukkan budu, jangan masukkan garam lagi. Rasa dulu bubur anda mengikut tahap kemasinan yang anda suka.
Bila bubur gelegak, tutup api, angkat dan bolehlah anda nikmati bubur panas-panas ini dengan kerabu taugeh kerang.
Selamat menjamu selera dan menjaga kesihatan.



Aku Mahu Sihat

Setiap insan inginkan badan yang sihat. Badan yang sihat memberi ketenangan dan kebahagian. Manusia sanggup berbelanja besar, hanya untuk kekal sihat. Sihat tanda kemewahan.
Aku ingin sihat!!
Aku ingin sihat untuk aku terus mampu menikmati penghidupan ini. Mampu terus berkerja untuk mencari rezeki yang halal. Aku ingin sihat untuk bersama rakan-rakanku. Aku ingin sihat untuk bersama keluargaku.
Tetapi yang paling utama, aku ingin sihat untuk terus mampu menyembah Tuhanku. Tuhan yang telah menciptaku dengan secukup sifat, memberiku rezeki dari sisi-Nya, memberikan aku keluarga yang membahagiakan jantunghatiku.
Aku ingin sihat!!





Ya Allah, berilah aku kesihatan yang optima supaya aku mampu mengerjakan suruhan-Mu dan menjauhkan diri dari larangan-Mu. Tunjukilah aku cara bagaimana aku mampu mengekalkan kesihatanku.
Allahumma Aamiin Ya Rabb.

Monday, July 11, 2011

Iklan

‎"Program Sinergi Keluarga Bahagia Siri Kedua, anjuran Nisa' Titiwangsa dengan kerjasama Yayasan Selangor pada Ahad 17 Julai 2011 di Menara Yayasan Selangor. Bersama motivator terkenal Ust Hasrizal Abd Jamil. Program khusus ke arah pembentukan hubungan komunikasi suami-isteri, ibu-bapa dan anak-anak. Hubungi segera Cik Nazirah 013 318 3845 atau Puan Hafizzah 013 332 1183"

Thursday, May 5, 2011

Selamat Hari Ibu

Anda seorang ibu?anda punyai ibu?jika anda anak kepada seorang ibu juga boleh dapatkan Promosi kami kini!


Wednesday, March 23, 2011

Ya Allah lindungilah kami

dunia sekarang ni amat menakutkan.bermacam - macam bencana yg berlaku.bukan sahaja bencana alam,malah bencana yg kita sendiri cipta.



kalau dahulu, susah kita nak dengar pasal orang di bunuh,di tikam,di tembak,di sembelih, di bakar n macam - macam lagi yang dasyat la..
dan yg tak bestnye, bencana ini tidak memilih mangsanya.orang baik pon kena,orang jahat pon kena.
s0,bersamalah kita persiapkan diri dgn segala amalan kerana seandainya kita menjadi mangsa bencana, kita akan pergi bersama amalan soleh yang kita kerjakan.


Doa untuk menjauhi pertanda jahat(devil portent) -
 "Allaahumma laa tayra 'illaa tayruka,wa laa khayra 'illaa khayruka,wa laa 'ilaaha ghayruka"

Monday, March 14, 2011

Talk Show 'cantik luar cantik dalam'

keadaan mlm minggu yg sesak di kg baru, begitu juga dengan MIS yg sibuk menghabiskan sisa2 kerja yg  masih tinggal
para ajk yang sudah kepenatan menyiapkan kerja2 akhir tetapi tetap meneruskan perjuangan  sehingga selesai
Cik2 MC yg sudah bersedia bersama busana tajaan Habibi Al Kenali 
ucapan pembukaan oleh Pengarah program - Puan Nuruzlinda Ali
Alhamdulillah semua peserta terhibur dan berpuas hati



YB Dr Lo'lo' bt Dato Hj Mohd Ghazali(perasmi program) bersama penceramah pertama Professor Dr Hjh Adlina Suleiman

PENCERAMAH PERTAMA
Professor Dr Hjh Adlina bt Suleiman
PENCERAMAH KE-2
Puan Raja Norazmi
PENCERAMAH KE-3
Saudara Akbar Azmi
Para peserta tidak melepaskan peluang mendapatkan
tip-tip senaman untuk kesihatan dan kecantikan
oleh Puan Raja Norazmi

Saturday, February 12, 2011

Cantik Luar Cantik Dalam


Kami wanita sukakan kecantikan. Tetapi kecantikan sangat subjektif. Cantik di mata kami, tidak di mata anda. Jadi di mana yang di katakan cantik itu. seperti kata mereka 'beauty lies in the eyes of the beholder'..

Kerana terlalu inginkan kecantikan, ramai wanita terlepas pandang tentang kayu ukur pada cantik itu sendiri. Ramai yang memilih untuk mengikut kayu ukur dunia barat. Cantik bagi dunia barat, apabila wanita berpakaian menjolok mata dan menconteng muka.Tapi bagi kita wanita timur...

Perlukah kayu ukur barat yang kita guna untuk mengukur kecantikan seorang wanita itu?
Perlukah kita mengikuti fesyen terkini untuk tampil bergaya?
Perlukah wajah di corak tebal untuk kita di terima di dalam pergaulan?

Tanpa semua ini, adakah kita akan kehilangan keyakinan diri?

Semua ini akan kita bincangkan dalam Talk Show kami ' Cantik Luar Cantik Dalam' pada 5/3/2011 di KL International Hotel (Kuala Lumpur) oleh speaker2 kami :

1)  Dr Adlina.-  [MD(UKM) / MPH(UM) / MBA(SCU,Australia) pakar Perubatan kemasyrakatan.   Profesor di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia] - membawa tajuk 'kesihatan vs kecantikan'

2)  Puan Raja Norazmi -  [Dip. Physiatric,UK / Dip. Aromatherapy,UK / CIDESCO, Zurich (Cosmetology)] - dengan tajuk 'cantik dan berkeyakinan' 

3)  En Akbar Azmi - penampilan khas (artis, pelakon, penyanyi dan pengacara )] - dengarkan luahan ikhlas dari seorang lelaki mengenai wanita


Monday, January 31, 2011

Adik Engku Fakhrul Hadi

Engku Aida Sofea dan Engku Fakhrul Hadi

Adik Engku Fakhrul Hadi menghidap exczema sejak dilahirkan. Alhamdulillah selepas 2kali Spa, kulit adik Hadi lebih segar  dan adik Hadi sentiase excited dan tak sabar untuk menuggu sesi mandian yang seterusnya.
Malahan kakaknya Engku Aida Sofea juga sentiasa menanti2 waktu untuk mendapatkan rawatan mandian Ultrasonik. 


Saturday, January 29, 2011

Atok Ramli

Atok Ramli Che Man

Hari ini MIS didatangi seorang customer yang berumur 77 tahun. Atok Ramli pada mulanya mengalami kemalangan dan mengidap kencing manis sudah hampir sebulan. Kerana tidak pergi untuk mendapatkan mana2 rawatan, luka yang di alami akibat kemalangan menjadi teruk dan ditambah juga dengan kencing manis yang dihidapinya.

  
Alhamdulillah, selepas pertama kali mencuba Mandian Ultrasonik, luka / kulit matinya sudah mula terkupas dan mudah dibersihkan. Bau yang terdapat di lukanya juga sudah hilang.

      
  
Atok Ramli kini membeli pakej mandian Ultrasonik sebanyak 10kali yang bernilai RM450 sebagai rawatannya.
 

Semoga Allah memberikan kesembuhan pada Atok Ramli.Ameen

Friday, January 28, 2011

Epidemik Batuk, Sakit Tekak dan Demam.

Singapura diserang epidemik. Bagaimana dengan kita di Malaysia?


 Kebelakangan ini ramai yang datang mandi buih kerana demam dan batuk. Hampir setiap orang yang kami jumpa mengadu sakit.


Kami di Mutiara Indah Spa  menyediakan mandian buih ultrasonik yang dapat membantu mengeluarkan toksik, membasmi kuman dan menguatkan imunisasi anda sekeluarga.Jemputlah ke spa kami untuk mencuba rawatan kaedah mandian di kolam air panas di tepi gunung berapi yang penuh dengan nilai terupatik. Terapis kami sedia membantu anda.
Link kami : http://mutiaraindahspa.blogspot.com/2010/07/fungsi-mandian-ultrasonik-terhadap-anda.html


(mandian buih ultrasonik)


Wahai rakyat Malaysia, mintalah perlindungan dari Allah yang menurunkan penyakit dan Dia juga yang menurunkan ubatnya. Berusahalah mencari ubatnya dan bersabarlah dengan ujian dariNya.


Friday, January 21, 2011
SINGAPURA ISTYIHAR BATUK, SAKIT TEKAK DAN DEMAM SEBAGAI EPIDEMIK: 20,000 PENDUDUK DAPATKAN RAWATAN SETAKAT INI

KENAIKAN mendadak pesakit mengalami batuk, sakit tekak dan demam di Singapura, telah memasuki tahap epidemik atau wabak.

Ini berikutan hampir 20,000 pesakit mendapatkan rawatan di Poliklinik negara itu sehingga kini dan kenaikan mendadak pesakit dikesan apabila angkanya mencecah 3,341 orang sepanjang minggu lalu.

Jumlah itu meningkat berbanding 2,842 orang pada minggu sebelumnya. Di negara itu, jumlah pesakit yang didafttarkan melebihi 17,032 orang bagi satu-satu jenis penyakit akan dikatogerikan sebagai wabak.

Kini angka itu dijangka akan terus meningkat dan Kementerian Kesihatan telah mengambil langkah perlu menangani wabak Acute Respiratory Infection (ACI) itu yang dikatakan datang menyerang rakyatnya secara tiba-tiba.-ST

Monday, January 24, 2011

D.I.Y : masker muka

membuat masker muka actually mudah dan murah.tak perlu berbelanja banyak untuk cantik. 
apa yang penting,anda haruslah bijak memilih jenis buah dengan kandungan yang sesuai untuk jenis wajah anda.


mula2 :-
hancurkan buah.
Bila hasil tumbukannya lumat
tambah yoghurt 
sapu pada muka n leher tanpa mengena mata


Diantara buah-buahan yang boleh dijadikan masker:


1) avokado
2) strawberry
3) almond
4) lemon/orange
5) anggur
6) betik
dan sebagainya


1) Strawberry Buah berwarna merah cerah ini banyak mengandung asam salisilat (salah satu jenis asam beta-hidkroksi yang membantu menegangkan kulit), silica, serta vitamin B, C,E, dan K. Dengan kemampuannya menyehatkan dan meremajakan kulit, masker strawberry baik digunakan untuk hampir semua jenis kulit. Penggunaannya boleh dilakukan dua kali dalam satu minggu)


2) BELIMBING DAN NENAS:
Kandunagn vitamin A dan C amat berkesan bagi mengecilkan pori-pori kulut wajah,menyegarkan sekali gus menyejukkan.Selain itu,kandungan mineralnya mampu mengurangi kelesuan dan mengatasi kulit berminyak

3) LABU DAN BETIK:
Buah Labu dan betik mengandungi vitamin C bagi mempercepatkan reproduksi sel-sel  kulit dan meningkatkan pertumbuhan kolagen.Selain itu,betik juga mengandungi papain manakala labu mengandungi mineral semula jadi yang bermanfaat bagi kekencangan kulit.

4) APRIKOT DAN PISANG:
Pisang yang kaya dengan vitamin C,Kalium serat dan zat besi memiliki kemampuan menghapuskan kulit.Panduan ektrak pisang dalam masker sesuai untuk kulit normal bagi mencecah kulit kusam selain menjadikan wajah segar dengan kulit lebih gebu dan terjaga kelembapannya.

5) TOMATO:
Tomato menghaluskan kulit. Mengandungi Vitamin C dapat melindungi kulit dan pengaruh sinaran matahari.Kisaran tomato yang dipupur ke wajah mengandungi asid yang bermafaat untuk mengecilkan pori-pori kulit.Selain itu,memakan tomato sebiji sehari membuatkan wajah bersri-seri.


6) MASKER TIMUN MENYEJUKAN KULIT:
Timun menyejukkan kulit. Ianya berkhasiat dan amat elok untuk kesihatan kulit.Amalkan memupur campuran parutan timun di kulit muka bagi mendapat hsil berkesan.

Friday, December 24, 2010

kopi untuk kelihatan menarik


RM 33 sekotak

  • melansingkan badan 
  • menyegarkan badan,mencegah sembelit
  • meningkatkan metabolisme dengan mengurangkan kandungan gula,lemak dalam badan
  • merendahkan tahap kolestrol
  • sesuai untuk pesakit kencing manis
  • bahan pemanis tanpa gula

dihasilkan daripada bijian kopi Arabica Brazil yang istimewa.
Di proses melalui penapisan yang unik dengan campuran susu tanpa lemak dan pemanis tanpa gula.
Keistimewaan formula ini ialah dapat membantu meningkatkan tahap kesihatan dan mencapai susuk tubuh yang diingini.


cara pengambilan:
2-3 cawan setiap hari bagi orang yang gemuk dan sedang berdiet,minum sebelum makan
bagi peminat kopi biase,boleh diminum pada bila-bila masa.


Enhanced by Zemanta
Related Posts with Thumbnails

order form (jom order di sini..)

Name:
E-MAIL(Email Address):
ALAMAT RUMAH(address):
NO TEL(phone no):
BARANG YG INGIN DIBELI(purchase order):
CARA BAYARAN(method of payment): bank in(cash deposit)
Maybank2u
cash
PENGHANTARAN(delivery): pos laju
pos express
self collection(ambil di Mutiara Indah spa)

This contact form was created by Freedback.